28 May
28May

Menulis karangan 

  • Semasa menulis karangan, mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan 
  • Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya


( Bahagian-bahagian karangan yang ideal ) 

  1. Perenggan Pendahuluan 
  2. Perenggan isi pertama 
  3. Perenggan isi kedua 
  4. Perenggan isi ketiga 
  5. Perenggan isi keempat 
  6. Perenggan Penutup


PENDAHULUAN

Pernyataan Umum (PU/Definisi)

  • Terdiri daripada satu ayat
  • Ditulis berdasarkan tajuk

Ayat Huraian (AH)

  • Terdiri daripada satu hingga tiga ayat

Ayat Contoh (AC)

  • Memberikan satu contoh atau melebihi satu contoh yang sesuai dengan kehendak soalan 

Ayat Arah (AA)

  • Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak secara umum

ISI
Ayat Topik (AT)

  • Menjadi permulaan ayat yang terdiri daripada satu ayat sahaja
  • Pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya

Ayat Huraian (AH)

  • Terdiri daripada satu hingga lima ayat.
  •  Huraikan menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)
  • Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Ayat Contoh (AC)

  • Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.
  • Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan.
  •  Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.

Ayat Penegas (AP)

  •  Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.
  •  AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih mengekalkan maksud yang sama dengan AT.

PENUTUP

Ayat Kesimpulan (AK)

  • Rumusan seluruh karangan yang terdiri daripada 1 atau 2 ayat
  • Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi
  • Meyatakan harapan dengan penggunaan kata hubung agar/supaya,demi

Ayat Cadangan (AC)

  • Terdiri daripada 1 atau 2 ayat.
  • Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.
  • Tidak memerlukan huraian panjang.

Ayat Harapan (AH)

  • Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.
  • Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC
Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING