Bahasa yang menarik mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Menggunakan sekurang-kurangnya 2 Ungkapan Menarik
- Peribahasa
- Cogan kata
- Kata-kata orang ternama
- pantun
Menggunakan sekurang-kurangnya 2 Variasi Ayat
- Ayat tanya
- Ayat majmuk
- Ayat aktif
- Ayat pasif
Menggunakan sekurang-kurangnya 2 Kosa Kata Berdarjat Tinggi
- Macapada ini
- Anjakan paradigma
- Menggembleng sinergi
Memberikan Contoh yang Berkaitan Dengan Fakta
- Contoh yang diberikan berbentuk umum
TIPS UNTUK MEMBINA KARANGAN YANG BAIK
1) Semak kembali karangan anda
Sekiranya wujud frasa yang kedengaran janggal, maka frasa tersebut harus diperbaiki. Pastikan karangan anda bebas dari kesalahan tatabahasa, ejaan dan tanda baca.
2) Anda boleh gunakan ini:
- Mendalami tatabahasa.
- Guna ayat yang pendek, ringkas dan jelas.
- Mengetahui cara membuat ayat yang menarik.
- Menambah pengetahuan dengan banyak keretan akhbar dan membaca.
- Mengumpul semua rencana yang berfaedah dan berkaitan.
- Tiru rencana yang baik dengan menulis semula menggunakan stail dan bahasa sendiri.
- Libatkan diri di dalam aktiviti forum, bahas dan pidato.
- Tawar diri untuk menjadi pengerusi majlis dalam setiap program sama ada yang kecil mahupun yang besar